Selamat Datang ke Portal Yes Bestari.
Selamat Datang ke i-THINK!
SISTEM PENGURUSAN, PERMOHONAN DAN SEMAKAN MURID TAHUN SATU JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR
Sila klik pada imej jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai KSSR.

Lagu Sekolah

Category: Profil
Published: Wednesday, 03 April 2013
Written by Administrator

 

USAHA TANGGA MAJU

SK Jalan Semenyih Dua

Sekolah kita sayang bersama

Mari harumkanlah namanya

Guru murid tetap berjasa

Tempuhlah semangat juang wira

Menjunjung falsafah dan bangsa

Murid tekun belajar bersama

Hormat guru dan ibu bapa

Chorus

Belajarlah hingga jaya

Penuhkan ilmu di dada

Patuhlah cogan katamu

Usaha Tangga Maju

Bersatu padulah semua

Kita anak bangsa Malaysia

Ayuh teguhi ikrar kita

Kepada Raja dan Negara

Piagam Sekolah

Category: Profil
Published: Wednesday, 03 April 2013
Written by Administrator

KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SEMENYIH DUA ‘INTEG’

BERSEDIA DAN AKAN:

 

Melaksanakan dasar dan wawasan pendidikan melalui kepimpinan dan pengurusan yang dinamik dan progresif.

 

Menentukan prasarana pendidikan mencukupi supaya suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih kondusif untuk menjamin pembangunan kerohanian dan peningkatan pencapaian pelajar sentiasa terpelihara.

 

Menentukan kesejahteraan pelajar. Guru, ibu bapa dan masyarakat sentiasa terpelihara melalui kepimpinan yang penyayang.

 

Memberi khidmat dengan cekap, pantas, bijaksana dan mesra.

Ikrar Sekolah

Category: Profil
Published: Wednesday, 03 April 2013
Written by Administrator

IKRAR SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SEMENYIH (2) KAJANG.

 

IKRAR GURU

Bahawasanya kami Guru Malaysia dengan ini berikrar :

 

√ Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni profesion kami.

 

√ Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami.

 

√ Kami sentiasa menjunjung perlembagaan negara kami dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara pada setiap masa.

 

IKRAR MURID

Kami, murid SK Jalan Semenyih 2 Kajang berikrar dan berjanji :

 

√ Akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang berilmu dan berdisiplin.

 

√ Mampu menangani cabaran, berhemah dan berketrampilan.

 

√ Menjaga harta benda dan nama baik sekolah.

 

√ Hormat dan Patuh pada arahan guru bagi merealisasikan misi dan visi sekolah.

Moto Sekolah

Category: Profil
Published: Wednesday, 03 April 2013
Written by Administrator

Usaha Tangga Maju yang tertera pada lencana sekolah adalah motto SKJS2. Untuk mencapai kemajuan semua murid mesti giat berusaha dengan gigih dan sentiasa berani berhadapan dengan situasi yang mencabar.

Usaha yang bersungguh-sungguh perlu disertakan dengan ketabahan,kesabaran dan keyakinan diri sendiri secara berterusan. Kejayaan dan kemajuan sesebuah sekolah tidak datang dengan sendiri bak kata pepatah 'Yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang'.

Semangat berusaha gigih disemai sejak diperingkat awal barulah bersinar akan menyerlah di kemudian hari.